KOMPENI DELTA BATALION KEDUA REJIMEN 511 ASKAR WATANIAH

Blog ini terhasil adalah untuk mengaplikasikan setiap momentum yang teragenda dalam diari Kompeni sepanjang tahun...Jika ada yang terlepas dari rakaman dan terbitan itu bukan di sengajakan dan komentor membina dari bloggers yang sudi menjengok apa yang berlaku di sini..sangat2 di alu-alukan..anekdot Lt Masitah@Saitah Bt Hj Sabki.

Isnin, 24 November 2008

Khemah Tahunan siri 1 2008



Pada 13hb September 2008 seluruh anggota daripada Rejimen 511 Askar Wataniah telah diarahkan untuk bergerak ke Kem Sri Sematan untuk menghadiri khemah tahunan siri 1 2008,untuk khemah siri 1 ini ketiga-tiga Batalion bergabung,tidak seperti tahun-tahun yang telah sudah,di mana Batalion satu akan menghadiri siri 1 manakala Batalion kedua dan ketiga akan digabungkan pada siri 2,ini dibuat adalah untuk mengelakkan masalah lojistik seperti tempat tinggal yang tidak mencukupi dan lain-lain masalah berkaitan jadual latihan.
13hb perintah pergerakan:-6 buah 3 tan mengambil anggota di kawasan Saratok manakala 2 buah lagi mengambil anggota daripada kawasan Sarikei,berhenti di Kem Pakit lebih kurang 3 jam untuk makan tengahari kemudian meneruskan perjalanan,lebih kurang pukul 7.30 petang sampai di Kem Ria,mengisi minyak lebih kurang 2 jam,pukul 8.30 perjalanan diteruskan menuju ke Kem Sri Sematan,lebih kurang pukul 10 malam kami semua telah sampai ke destinasi....
Jadual latihan meliputi kawad sempena ulangtahun TYT,latihan menembak,masuk hutan merangkumi membersih bounce dan serangan,sukan merangkumi bola tampar,jaring,takraw.
pada 14 Oktober upacara pembukaan Khemah Tahunan yang mana telah dirasmikan oleh Timbalan Komander Leftenen Kolonel Tan Sri Datuk Haji Abd Aziz.