KOMPENI DELTA BATALION KEDUA REJIMEN 511 ASKAR WATANIAH

Blog ini terhasil adalah untuk mengaplikasikan setiap momentum yang teragenda dalam diari Kompeni sepanjang tahun...Jika ada yang terlepas dari rakaman dan terbitan itu bukan di sengajakan dan komentor membina dari bloggers yang sudi menjengok apa yang berlaku di sini..sangat2 di alu-alukan..anekdot Lt Masitah@Saitah Bt Hj Sabki.

Isnin, 26 April 2010

PERBARISAN SEMPENA SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH BATALION KEDUA REJIMEN 511 ASKAR WATANIAH BERTEMPAT DI KOMPENI BRAVO KAWASAN SARATOK

Pada 25hb April 2010 yang lepas telah berlangsung dengan jayanya satu Perbarisan sempena Serah Terima Tugas Pegawai memerintah Batalion Kedua Rejimen 511 Askar Wataniah bertempat di Stadium KPSU Saratok,seperti biasa Kompeni Bravo Kawasan Saratok sangat berbesar hati dan berbangga kerana sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan acara rasmi seumpama ini,syukur Alhamdulillah berkat kerjasama dari Markas Rejimen Kem Pakit Sri Aman dan Kompeni Kawasan Sarikei,Betong dan Sri Aman,maka majlis tersebut telah berjalan dengan lancar dan jayanya,acara bermula dengan perbarisan menyambut ketibaan yang Pegawai Memerintah Batalion Kedua rejimen 511 Askar Watanah iaitu Lt.Kol Christopher Chan Ah Man,di ikuti dengan nyanyian Lagu Rejimen dan Pemeriksaan Perbarisan oleh Pegawai Memerintah,tepat jam 9.30 pagi ketibaan Pemangku Pegawai Memerintah Batalion kedua Rejimen 511 Askar Wataniah iaitu Mejar Abg Mohamad bin Abg Marzuki,acara diteruskan dengan upacara menandatangani nota serah terima tugas di antara mantan Pegawai Memerintah Lt.Kol Christopher Chan Ah Man dan Pemangku Pegawai Memerintah Mejar Abg Mohamad,perbarisan tamat pada jam 10.30 pagi,selepas jamuan ringan satu lagi Majlis bertemu anggota berlangsung bertempat di perkarangan kem Kompeni Bravo Kawasan Saratok sekaligus majlis tersebut adalah juga majlis Perpisahan tiga individu iaitu mantan Pegawai Memerintah Lt.Kol Chiristopher yang telah tamat tempoh perkhidmatan,Kapten Hamsein Mantan Ketua Kompeni Bravo yang akan berpindah ke Kompeni Alpha Kawasan Betong dan Sjn Javally Jurulatih Kompeni Bravo yang akan berpindah ke Markas Rejimen Kem Pakit,pada majlis tersebut ketiga2 yang di raikan telah menyampaikan ucapan masing-masing,majlis di akhiri dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan untuk ketiga-tiga mereka,sebelum berpisah Mantan pegawai memerintah bersalaman dengan semua anggota sebagai tanda perpisahan dan tidak lupa juga sessi bergambar bersama Pegawai,Ptt Kanan dan Jurulatih.Sekali lagi syukur Alhamdulillah kerana majlis berjalan dengan lancar dan jayanya,terimakasih kepada semua yang terlibat dan akhir kalam mohon maaf jika ada kekurangan yang tanpa di sedari,semoga kerjasama yang erat tetap berterusan...bravo terus bravo!!!!