KOMPENI DELTA BATALION KEDUA REJIMEN 511 ASKAR WATANIAH

Blog ini terhasil adalah untuk mengaplikasikan setiap momentum yang teragenda dalam diari Kompeni sepanjang tahun...Jika ada yang terlepas dari rakaman dan terbitan itu bukan di sengajakan dan komentor membina dari bloggers yang sudi menjengok apa yang berlaku di sini..sangat2 di alu-alukan..anekdot Lt Masitah@Saitah Bt Hj Sabki.

Khamis, 21 Mei 2009

MAJLIS RINGKAS SEMPENA PERPINDAHAN PENOLONG PEGAWAI MEMERINTAH MEJAR JAMIL

pada 9.Mei.2009 telah di adakan majlis yang serba ringkas untuk Mejar Jamil sempena perpindahan beliau ke Markas Rejimen Cawangan latih Kuching,sedikit amanat dan kata-kata akhir daripada beliau kepada semua anggota Kompeni Bravo Kawasan Saratok dan juga ucapan terimakasih daripada Kapten Hamsein atas sumbang bakti beliau selama menjadi Penolong Pegawai Memerintah Bn2 selama 2 tahun,tempat beliau akan diambil alih oleh Mejar Mohd Farish b Nordin dari Markas Rejimen Cawangan Latih Kuching.Majlis selesai dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan daripada Kompeni Bravo Kawasan Saratok dan diiringi dengan tepukan gemuruh dan ucapan selamat jalan daripada semua anggota,selesai berjabat tangan dengan semua anggota beliau pun berangkat pulang.Kepada Mejar Jamil bin Salim,kami ucapkan terimakasih dan selamat maju Jaya.