Pada 27hb Jun 2009(Sabtu)telah diadakan Majlis NGILING BIDAI(menggulung Tikar)sebagai tanda Penutupan Hari Gawai bagi tahun 2009,Majlis yang di adakan buat julung-julung kalinya ini telah dirasmikan oleh LTM Laga Kueh yang juga merupakan pencetus idea untuk kelangsungan majlis ini selain mendapat kerjasama sepenuhnya daripada anggota berbangsa iban dan anggota kompeni bravo kawasan saratok,secara simboliknya bagi masyarakat Iban dengan mengadakan upacara tersebut bermakna selesai lah sudah Perayaan Hari Gawai bagi tahun ini atau dalam erti kata lain ianya merupakan penutup kepada segala upacara Hari Gawai sepanjang tahun tersebut.Turut Hadir pada majlis tersebut ialah Koperal Ahmad,Koperal Azizi,PwII Jaya dan anggota kompeni Bravo Kawasan Saratok,setelah selesai ucapan daripada LTM Laga,majlis di teruskan dengan upacara NGILING BIDAI bersama-sama dan Majlis berakhir pada jam 3.30 petang dengan jamuan ringan.Kepada semua Anggota Kompeni Bravo baik yang terlibat secara langsung atau tidak terimakasih diucapkan atas kerjasama yang begitu erat ini.
TERLAKAR SATU SEJARAH DALAM TAKWIM REJIMEN 511
14 tahun yang lalu