KOMPENI DELTA BATALION KEDUA REJIMEN 511 ASKAR WATANIAH

Blog ini terhasil adalah untuk mengaplikasikan setiap momentum yang teragenda dalam diari Kompeni sepanjang tahun...Jika ada yang terlepas dari rakaman dan terbitan itu bukan di sengajakan dan komentor membina dari bloggers yang sudi menjengok apa yang berlaku di sini..sangat2 di alu-alukan..anekdot Lt Masitah@Saitah Bt Hj Sabki.

Selasa, 17 Ogos 2010

JIWA MURNI PERINTIS AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT 2010




AS SALAM YA MARHABAN YA RAMADHAN AL  MUBARAK...
Baru ada masa terluang....Alhamdulillah pada 24hb Julai 2010 Kompeni Bravo Kawasan Saratok telahpun mengadakan gotong-royong di Kawasan Perkuburan Islamd an Masjid Daerah Saratok dan juga Perkuburan Kristian dan Gereja Saint Peter Saratok,pada hari tersebut seawal jam 8 pagi kesemua anggota Muslim dan Non Muslim telah bergerak dari kem latihan menuju ke destinasi yang telah ditetapkan,Untuk kawasan perkuburan islam kami telah mendapat keizinan dan kerjasama daripada pihak LAKIS Saratok manakala Perkuburan Kristian pula mendapat kerjasama daripada pihak Gereja Saint Peter Saratok,Seramai 70 orang anggota,3 pegawai dan 2 jurulatih yang terlibat dalam menjayakan program tersebut dan juga telah mendapat kunjungan daripada Penolong Pegawai Memerintah Batalion Kedua Leftenan Kolonel Jamil bin Salim,program berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan jamuan ringan yang telah di sediakan khas dan pada akhir program sedikit ucapan ringkas daripada Leftenan Kolonel Jamil dan penyampaian cenderahati ikhlas daripada Kompeni Bravo kepada pihak Lakis dan pada masa yang sama di pihak Gereja saint Peter telah menerima cenderahati daripada Ltm Laga kueh..Majlis selesai pada jam 12.30 tengahari dan kembali ke Kem latihan untuk kelas pada sebelah petangnya.
Kepada Pihak Lakis dan Gereja Daerah Saratok..kami mengucapkan terimakasih atas kerjasama anda dalam menjayakan porgram tersebut yang mana merupakan perintis untuk aktiviti khidmat Masyarakat pada tahun 2010,kepada semua anggota yang telah menyumbangkan(bersedekah)makanan dan minuman hanya Allah yang dapat membalasnya dan diucapkan terimakasih.

Anekdot Lt M Masitah@Saitah bt Hj Sabki 7525997....Bravo maintain Bravo