KOMPENI DELTA BATALION KEDUA REJIMEN 511 ASKAR WATANIAH

Blog ini terhasil adalah untuk mengaplikasikan setiap momentum yang teragenda dalam diari Kompeni sepanjang tahun...Jika ada yang terlepas dari rakaman dan terbitan itu bukan di sengajakan dan komentor membina dari bloggers yang sudi menjengok apa yang berlaku di sini..sangat2 di alu-alukan..anekdot Lt Masitah@Saitah Bt Hj Sabki.

Jumaat, 9 Mei 2008

SEJARAH PENUBUHAN ASKAR WATANIAH

Askar wataniah Malaysia(AW) adalah merupakan badan sukarela yang berlainan daripada badan-badan sukarela yang lain.AW adalah merupakan angkatan simpanan tentera darat Malaysia sebagai benteng kedua dalam mempertahankan negara kita yang tercinta.Penyertaan rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH(pertahanan menyeluruh) yang ditetap dalam dasar Pertahanan Negara.Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan,penglibatan rakyat dan semua pihak adalah amat perlu sebagai orang yang memainkan peranan dalam pembangunan serta pertahanan negara.

HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk penggemblengan semua sumber negara di samping penglibatan angkatan tentera malaysia.Penyertaan rakyat dalam Angkatan sukarela di Semenanjung Malaysia bermula sejak 1902 di ikuti oleh Sarawak dan Sabah kemudiannya.Apabila Kerajaan Inggeris menubuhkan pasukan sukarela di negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dipanggil Federated Malay State Volunteer Force(FMSVF),Pasukan Sukarela di negeri Melayu Bersekutu pula dipanggil Unfederated Malay State Volunteer(UNFMSVF) dan negeri-negeri Selat pula ialah The strait Settlement Volunteer Force(SSVF)

Pasukan Sukarela telah memainkan peranan yang begitu penting terutamanya semasa peperangan Dunia Kedua,Darurat 1948-1960 dan konfrontasi.Semasa darurat ia dikenali sebagai "HOME GUARD".Pasukan ini telah disusun semula sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan pada 1 jun 1958 dan seterusnya dikenali sebagai Askar Wataniah Malaysia.

catatan kak E

Selasa, 6 Mei 2008

Terimakasih Sarjan Asmadi dan Kapten Wong King Cheng


Terkini tentang Kompeni Bravo

Pada 03.05.08(Sabtu)yang telah lepas Kompeni Bravo Kawasan Saratok mengadakan Majlis Hari Jasamu Dikenang khas untuk Kapten Wong king Ching yang telah berpindah ke 510 dan juga Sarjan Asmadi b Derahman yang akan bersara tidak lama lagi.
Bermacam acara yang telah berlangsung pada hari tersebut antaranya ialah sebagai tanda penghargaan kepada 5 anggota yang akan tamat tempoh perkhidmatan.Kompeni Bravo telah memberikan cenderahati berupa piala kepada kelima-lima anggota tersebut,lima orang anggota tersebut ialah Lkpl Abd Rahman.Lkpl Ani,Pbt Hakabi.Pbt Razali dan Pbt Bandai,seterusnya penghargaan yang tidak disangka oleh semua anggota iaitu anugerah kepada anggota contoh atau anggota paling sporting lelaki dan wanita,anggota tersebut ialah Pw2 En Jaya Nor dan Kpl Kasmah Keria....majlis dimeriahkan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada kedua2 individu yang di raikan iaitu Sjn Asmadi dan Kapten Wong(tidak Hadir)......Majlis selesai pada jam 12.00 tengahari dengan jamuan ringan.
sekian laporan utk minggu ini jumpa lagi dgn cerita lain nanti....

KompeniBravo511RAW


Kompeni Bravo Rejimen 511 Askar wataniah kawasan saratok mempunyai seramai 170 orang anggota,seramai 130 orang anggota yang aktif dan selebihnya tidak aktif tetapi masih dalam tempoh perkhidmatan.Kapten Hamsein b Haji Atar merupakan Ketua Kompeni yang baru setelah mengambil alih tugas Kapten Wong King Cheng yang telah berpindah ke RAW 510,Penolong Ketua Kompeni ialah LtM Rozi Adzillah b haji Sabeki manakala Sarjan Hashimi b seruji dan Kpl Azizi telah mengambil alih tugas jurulatih Kompeni menggantikan Sarjan Asmadi Derahman yang akan bersara tidak lama lagi.Kompeni Bravo terdiri daripada Pw2 En jaya bin nor,2 orang Sarjan iaitu sarjan Mohamad Dolek dan Sarjan Sophia Kadir,seramai 14 org berpangkat Koperal,15 org berpangkat LKPl dan selebihnya prebet.
Demikian serba ringkas profail Kompeni Bravo Kawasan Saratok.