KOMPENI DELTA BATALION KEDUA REJIMEN 511 ASKAR WATANIAH

Blog ini terhasil adalah untuk mengaplikasikan setiap momentum yang teragenda dalam diari Kompeni sepanjang tahun...Jika ada yang terlepas dari rakaman dan terbitan itu bukan di sengajakan dan komentor membina dari bloggers yang sudi menjengok apa yang berlaku di sini..sangat2 di alu-alukan..anekdot Lt Masitah@Saitah Bt Hj Sabki.

Selasa, 7 April 2009

Latihan lanjutan siri 1 2009

Pada 27 Mac 2009 sehingga 2 April 2009 latihan Lanjutan siri 1 2009 Rejimen 511 Askar Wataniah berkampung di Pusat Sumber Perkembangan Desa Ulu Layar Betong,latihan kali ini di anggotai seramai 2 Pegawai dan 225 lain-lain pangkat.Antara lain aktiviti yang dijalankan sepanjang latihan ialah Mini Pasak Bumi yang merangkumi perjalanan sejauh 15km,pertandingan kawad tempur Platun dan Poco-poco.Objektif utama adalah sebagai ujian kecergasan,ketahanan dan kerjasama setiap anggota.Pada 28hb Perasmian Pembukaan telah di sempurnakan oleh Pegawai Memerintah Batalion kedua Rejimen 511 Askar Wataniah Leftenan Kolonel Christopher Chan Ah Man dan pada malam 1 hb pula telah di adakan Malam Akrab sempena tamat latihan Lanjutan yang juga telah dirasmikan penutupan oleh beliau.
gambar-gambar akan diupload kemudian.