KOMPENI DELTA BATALION KEDUA REJIMEN 511 ASKAR WATANIAH

Blog ini terhasil adalah untuk mengaplikasikan setiap momentum yang teragenda dalam diari Kompeni sepanjang tahun...Jika ada yang terlepas dari rakaman dan terbitan itu bukan di sengajakan dan komentor membina dari bloggers yang sudi menjengok apa yang berlaku di sini..sangat2 di alu-alukan..anekdot Lt Masitah@Saitah Bt Hj Sabki.

Khamis, 26 Februari 2009

Maklumat Terperinci Tentang Pasukan Wataniah

Askar Wataniah(AW) telah diorganisasikan dan distruktur dalam komponen-komponen berikut:-
1.Elemen Tempur
2.Elemen Bantuan Tempur
3.Elemen Bantuan Perkhidmatan
4.Elemen Pakar
5.Pasukan Latihan Pegawai Simpanan(PALAPES)

Anda berpeluang memilih mana-mana pasukan ini berkhidmat terutama pasukan yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

1.Elemen Tempur
Siri 500 AW
Elemen ini berperanan sama seperti pasukan-pasukan infantri Angkatan Tetap.Terdapat enam belas(16)Rejimen Siri 500 AW di seluruh Malaysia pada ketika ini.Setiap Rejimen mempunyai tiga(3)Batalion yang ditempatkan di beberapa lokasi,di mana salah satu mungkin terletak berhampiran tempat anda.

Armor
Kor Armor Diraja telah mewujudkan Skuadron Armor AW yang di integrasikan dalam setiap
Rejimennya.Skuadron-Skuadron tersebut terletak di Port Dickson,Kuantan,Sungai Petani,Kuching dan Kota Belud,Sabah.

2.Elemen Bantuan Tempur
Semboyan
Skuadron-Skuadron Semboyan Medan AW telah ditubuhkan untuk mewujudkan barisan kedua pasukan pengendali komunikasi TD.Pasukan ini terdapat di Kuala Lumpur,Ipoh dan Sungai Besi.
Jurutera
Mewujudkan skuadron-skuadron Jurutera AW dengan melatih anggota sukarela dalam aspek kejuruteraan medan.Skuadron-skuadron ini terdapat di Kuala Terengganu,Kajang,Klang dan Pulau Pinang.

3.Artileri
Konsep penubuhan seperti Armor di mana satu Bateri Artileri AW diintegrasikan dalam Rejimen Artileri Diraja bertempat di Kota Bharu.Taiping,Melaka,Seremban dan Kuala Lumpur.

4.Risik
Kor Risik mempunyai sebuah unit 12 KRD Aw yang dintegrasikan ke batalion KRD(tetap).Unit in terdapat di Pulau Pinang.

5.Polis Tentera
Kor Polis Tentera Diraja telah menubuhkan empat Kompeni KPT AW di Pulau Pinang,Kuantan,Sungai Petani dan Kuching.Ramai anggota Sukarela telah dikerah sepenuh masa mengisi kekosongan perjawatan tersebut.

ELEMEN BANTUAN PERKHIDMATAN
Kor Perkhidmatan
terdapat lima Kompeni Angkut AW,satu Kompeni Bekalan dan Platun Hantaran Udara Aw.Lokasi unit-unit adalah di Seremban,Kualal Lumpur manakala Platun Hantaran Udara di Taiping.

Kor Ordinan
Terdapat satu kumpulan Ordinari Briged AW(KOB AW) bertempat di Kuala Lumpur dan terdapat unit KOB AW diwujudkan dengan diintegrasikan kepada unit tetap di Kuching,Taiping,Melaka dan Kuantan.

Kor Jurutera Letrik dan Jentera
Terdapat dua workshop JLJ AW iaitu di Ipoh dan Kuala Lumpur manakala empat Workshop Medan AW bertempat di Taiping.Melaka,Kuantan dan Kuching.

Kor Kesihatan
Terdapat empat Kompeni Ubat AW bertempat di Kuantan,Kluang,Sungai Petani dan Kuching.

ELEMEN PAKAR
Kor Semboyan dan Kor Jurutera juga mempunyai unit-unit pakar seperto berikut:-

Unit Semboyan Pakar
Unit ini khusus bagi urusan penyelenggaraan perhubungan keanggotaan unit pakar terdiri daripada kakitangan Telekom Malaysia.

Unit Jurutera Pakar
Markas Jurutera Sasaran penting di Bukit Haigate Kuala Lumpur.

ELEMEN JURUTERA PAKAR TERDIRI DARIPADA:-

*Jurutera Pakar Pelabuhan
unit-unit ini ditubuhkan di pelabuhan-pelabuhan utama negara.Keanggotaan terdiri daripada kakitangan pekerja pelabuhan Kuantan,klang,Pulau Pinang,Bintulu dan Kuching.

*Jurutera Pakar Keretapi
unit ini bertanggungjawab bagi menyelaggara KTMB semasa darurat.Keanggotaan unit ini adalah kakitangan KTMB.

*Jurutera Pakar Pengendalian Air
Unit ini khusus untuk dianggotai oleh pekerja Bekalan Air

*Jurutera Pakar pengendalian Janakuasa
Unit ini khusus untuk dianggotai oleh pekerja Tenaga Nasional Berhad.

PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPAN(PALAPES)
Palapes ditubuhkan di dua belas Institusi Pengajian Tinggi Awam sebagai pusat pengeluaran pegawai graduan.

Pasukan AW Kerahan(Mobilisasi)
Untuk menampung keperluan anggota dalam mengawasi keselamatan negara beberapa pasukan AW telah dikerah separuh masa untuk menjaga keselamatan sempadan dan kawasan-kawasan strategik negara.Antara pasukan-pasukan yang masih dikerah ialah:-

*Siri 300 AW
*Pusat-pusat Kawalan Sasaran Penting

Siri 300 AW
Unit-unit ini dikerah untuk menjaga keselamatan Lebuh Raya Timur Barat dan Sempadan negara.Operasi Pagar di kawasan Kedah dan Perlis serta Perak dan Kuantan.

Pusat Kawalan Sasaran Penting
Unit sasaran penting diwujudkan di tempat strategik negara dan terletak di bawah pentadbiran Markas Pemerintahan Briged.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Individu yang ingin berkhidmat dalam Askar Wataniah sama ada sebagai anggota biasa(LLP) atau Pegawai mesti memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut:-

1.warganegara malaysia
2.berumur 18 hingga 45 tahun
3.sihat tubuh badan
4.lulus persekolahan sekuran-kurangnya darjah 6(LLP) atau SPM sekurang-kurangnya Gred 3(pegawai)
5.Penerimaan tertakluk kepada keputusan tapisan keselamatan(tiada kes jenayah)

KONSEP DAN JENIS LATIHAN
Konsep latihan yang dilaksanakan adalah berteraskan kepada latihan asas ketenteraan untuk menyediakan anggota dan pasukan yang mampu bergandingan dengan pasukan tetap sekiranya diperlukan.Latihan-latihan Askar Wataniah dilaksanakan mengikut kemampuan dan keseuaian masa seperti hujung minggu.

Latihan Rekrut
Setiap anggota Askar Wataniah perlu menjalani latihan Rekrut selama 30 hari berterusan atau melalui latihan Tempatan selama 240 jam iaitu syarat untuk pengiktirafan sebagai Prebet.

Latihan Tempatan
Latihan ini dilaksanakan di Lokasi berdekatan kediaman anggota Sukarela.latihan dijalanan pada masa yang bersesuaian terutama pada cuti hujung minggu.Latihan dilaksanakan dalam tempoh antara 2 hingga 12 jam sehari.Jumlah latihan ini dilaksanakan tidak melebihi 240 jam setahun(pasukan bukan teknikal)dan tidak melebihi 360 jam(pasukan teknikal)

Latihan Lanjutan
Latihan ini dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tidak kurang daripada 72 jam dan tidak melebihi 14 hari setiap individu dalam setahun.

Latihan Tahunan
latihan ini dijalankan secara berterusan pada setiap hujung tahun sebagai kemuncak aktiviti latihan.latihan tersebut dilaksanakan tidak melebihi 15 hari setiap tahun bagi seseorang individu.Latihan ini dilaksanakan secara berkelompok dengan mengaplikasikan kemahiran ilmu medan perang,muslihat dan pengendalian senjata serta latihan rejimental.

Latihan Anggota Pakar
Anggota Pakar hanya perlu mengikut latihan Kem tahunan selama 15 hari setahun.

KEMUDAHAN
Apakah yang anda perolehi apabila menyertai Askar Wataniah?
*berjasa dengan menyumbang kepada pertahanan negara
*mengisi masa lapang dari terbiar sekiranya tidak menyertai sebarang aktiviti kumpulan sosial
*mempelajari kepakaran dalam pasukan Askar Wataniah yang dipilih
*membina dan membangunkan perwatakan tanpa mengeluarkan wang ringgit
*menambah kenalan/sahabat dari pelbagai lapisan masyarakat
*berpeluan melawat/menghadiri latihan di Pusat Latihan dan pasukan-pasukan di seluruh negara.
*elaun semasa latihan hujung minggu dan gaji bagi latihan melebihi 72 jam dan perkhemah tahunan
*layak menyerati insurans berkelompok ATM
*cuti tanpa rekod bagi menyertai latihan selama 30 hari dalam satu tahun(bagi kakitangan kerajaan sahaja)
*boleh dikerah untuk berkhidmat sepenuh masa mengisi perjawatan tetap dalam kor-kor yang berkaitan bagi mereka yang layak
*layak mendapat kemudahan pembelian barangan PERNAMA PERWIRA NIAGA sepertimana Anggota Tetap
*layak memperolahi kemudahan yang disediakan oleh yayasan Askar Wataniah.

INTENSIF
perkembangan Kerjaya
Dalam AW setiap individu berpeluan meningkatkan kerjaya masing-masing dalam pasukan sukarela dengan mendapat peluang-peluang berikut:-

Kursus kerjaya
Berpeluang mengikuti kursus-kursus kerjaya di Pusat Latihan AW(PUSWATAN)di Ipoh atau pasukan-pasukan penganjur yang lain.

Kursus Fungsional
Berpeluang menghadiri Kursus Fungsional untuk meningkat kemahiran dalam bidang-bidang ketenteraan.

Kenaikan Pangkat dan Pentauliahan
Anggota-anggota yangf layak dan memnuhi syarat-syarat berpeluang dinaikan pangkat dan bagi anggota-anggota yang mempunyai kelayakan akademik berpeluang ditauliahkan sebagai Pegawai.

Imbuhan Elaun
Setiap anggota sukarela akan dibayar elaun bagi setiap latihan yang dihadiri,jenis-jenis elaun disediakan adalah seperti berikut:-

Elaun Latihan tempatan
Kadar elaun ini dibayar mengikut jumlah jam latihan yang dihadiri termasuk tuntutan perjalanan bagi anggota yang menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam

Elaun Latihan Berterusan/Khemah Tahunan
Semua anggota yang menghadiri latihan berterusan melebihi 72 jam/Kem Tahunan akan di bayar gaji/elaun sebagaimana anggota tetap mengikut kadar gaji pangkat semasa,mengikut jumlah hari yang dihadiri.

Saguhati Tahunan(Bounti)
Saguhati ini dibayar kepada anggota-anggota yang layak mengikut keaktifan menghadiri latihan dalam satu tahun

Elaun Pakaian
Elaun ini khusus untuk pegawai sahaja iaitu semasa ditauliahkan dan untuk penyelenggaraan pakaian tahunan.

PENGIKTIRAFAN TERHADAP ASAKAR WATANIAH
Sejajar perkembangan AW yang banyak menyumbang kepada pertahanan negara,kerajaan-kerajaan negeri telah menubuhkan JAWATANKUASA PENDUKUNG ASKAR WATANIAH(JAKPAW)untuk menyelaraskan aktiviti dan memantau perkembangan AW.JAKPAW turut memberikan pengiktirafan dengan menganak angkatkan rejimen-rejimen siri 500 di negeri masing-masing.

1 ulasan:

kingfisher berkata...

Lkpl,

Minta tolong ya kalau mau joint askar wataniah di miri macammana mau applly..

Terima kasih
lang