KOMPENI DELTA BATALION KEDUA REJIMEN 511 ASKAR WATANIAH

Blog ini terhasil adalah untuk mengaplikasikan setiap momentum yang teragenda dalam diari Kompeni sepanjang tahun...Jika ada yang terlepas dari rakaman dan terbitan itu bukan di sengajakan dan komentor membina dari bloggers yang sudi menjengok apa yang berlaku di sini..sangat2 di alu-alukan..anekdot Lt Masitah@Saitah Bt Hj Sabki.

Isnin, 12 Julai 2010

SATU UPACARA BERSEJARAH:PERBARISAN SEMPENA SERAH TERIMA TUGAS KOMANDER REJIMEN 511 ASKAR WATANIAH

Pada 4hb Julai 2010 telah diadakan Perbarisan Serah Terima Tugas sempena persaraan Komander Rejimen 511 Askar Wataniah bertempat di Padang Kawad Tiga Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja Kem Penrissen.Perbarisan dihadiri oleh Yg.Bhg.Brigidier Jeneral Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz bin Datuk Hj hussain Komander Rejimen 511 Askar Wataniah,Yg.Bhg.Brigedier Jeneral Dato Ramli bin Jaafar,Panglima 3 Briged,Yg.Bhg.Brigedier Jeneral Dato Mohd  Fazlurrahman bin Mohamad Irfan,Asisten Panglima Pasukan Simpanan,Yg.Berhormat Leftenan Kolonel Datuk Amar Haji Morshidi bin Haji Abd Ghani yang juga merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak,Ahli Jawatankuasa JAKPAW,Pegawai-pegawai Kanan,Ketua-ketua Jabatan dan seluruh anggota Rejimen 511 Askar Wataniah.
Perbarisan terdiri daripada 14 orang pegawai dan 343 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Abdul Malek bin Abdul Hakim,Pegawai Memerintah Batalion Ke3 Rejimen 511 Askar Wataniah,Penolong Ketua Perbarisan ialah Mejar Mahadi bin Hj.khalid,Ajutan Perbarisan ialah Kapten Abang Yusof bin Abang Halil dan Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan ialah Pegawai Waren 11 Shaidi bin Man.Perbarisan tersebut juga di iringi oleh BrassBand gabungan daripada 11,13 Rejimen Askar Melayu Diraja dan juga Rejimen Ke4 Kor Armor Diraja yang di pimpin oleh Drum Major Staff Sarjan Tajuddin bin Ahmad.
Majlis dimulakan dengan penyampaian cenderahati kepada Yg.Bhg.Brigedier Jeneral Tan Sri Datuk Amar yang disempurnakan oleh Yg.Bhg Leftenan Kolonel Mohd Khamer bin Abd Ghani,Timbalan Komander Rejimen 511 Askar Wataniah diikuti ucapan berupa amanat daripada Yg,Bhg.Tan Sri dan disusuli dengan agenda kemuncak perbarisan iaitu upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan Serah Tongkat Kuasa oleh Yg.Bhg.Brigedier Jeneran Tan Sri Datuk Amar hj Abdul Aziz bin Datuk Hj Hussain(Mantan Komander)kepada Yg.Berhormat Leftenan Kolonel Datuk Amar Hj.Morshidi bin Hj Abdul Ghani yang di saksikan oleh Panglima 3 Briged dan Asisten Panglima Pasukan Simpanan.Majlis Diakhiri dengan Bacaan Doa.
Selesai Perbarisan pada sebelah petang pula diadakan upacara Perasmian GALERI KOMANDER bertempat di Kem Ria Kota Sentosa manakala di sebelah malamnya pula diadakan MAKAN MALAM REJIMENTAL sempena persaraan Komander Rejimen 511 Askar Wataniah bertempat Riverside Majestic Hotel.Majlis di iringi oleh hiburan daripada Kumpulan Muzik dan artis tari daripada Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Kuching dan berakhir pada jam 11.45 malam.
Kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sempena perbarisan seawal 1hb.julai sehingga 4hb Julai 2010,seluruh warga Rejimen 511 Askar Wataniah ingin merakamkan ribuan terimakasih.Anekdot drpd LT M Masitah@Saitah bt Hj Sabki

Tiada ulasan: