KOMPENI DELTA BATALION KEDUA REJIMEN 511 ASKAR WATANIAH

Blog ini terhasil adalah untuk mengaplikasikan setiap momentum yang teragenda dalam diari Kompeni sepanjang tahun...Jika ada yang terlepas dari rakaman dan terbitan itu bukan di sengajakan dan komentor membina dari bloggers yang sudi menjengok apa yang berlaku di sini..sangat2 di alu-alukan..anekdot Lt Masitah@Saitah Bt Hj Sabki.

Jumaat, 9 Mei 2008

SEJARAH PENUBUHAN ASKAR WATANIAH

Askar wataniah Malaysia(AW) adalah merupakan badan sukarela yang berlainan daripada badan-badan sukarela yang lain.AW adalah merupakan angkatan simpanan tentera darat Malaysia sebagai benteng kedua dalam mempertahankan negara kita yang tercinta.Penyertaan rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH(pertahanan menyeluruh) yang ditetap dalam dasar Pertahanan Negara.Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan,penglibatan rakyat dan semua pihak adalah amat perlu sebagai orang yang memainkan peranan dalam pembangunan serta pertahanan negara.

HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk penggemblengan semua sumber negara di samping penglibatan angkatan tentera malaysia.Penyertaan rakyat dalam Angkatan sukarela di Semenanjung Malaysia bermula sejak 1902 di ikuti oleh Sarawak dan Sabah kemudiannya.Apabila Kerajaan Inggeris menubuhkan pasukan sukarela di negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dipanggil Federated Malay State Volunteer Force(FMSVF),Pasukan Sukarela di negeri Melayu Bersekutu pula dipanggil Unfederated Malay State Volunteer(UNFMSVF) dan negeri-negeri Selat pula ialah The strait Settlement Volunteer Force(SSVF)

Pasukan Sukarela telah memainkan peranan yang begitu penting terutamanya semasa peperangan Dunia Kedua,Darurat 1948-1960 dan konfrontasi.Semasa darurat ia dikenali sebagai "HOME GUARD".Pasukan ini telah disusun semula sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan pada 1 jun 1958 dan seterusnya dikenali sebagai Askar Wataniah Malaysia.

catatan kak E

Tiada ulasan: