KOMPENI DELTA BATALION KEDUA REJIMEN 511 ASKAR WATANIAH

Blog ini terhasil adalah untuk mengaplikasikan setiap momentum yang teragenda dalam diari Kompeni sepanjang tahun...Jika ada yang terlepas dari rakaman dan terbitan itu bukan di sengajakan dan komentor membina dari bloggers yang sudi menjengok apa yang berlaku di sini..sangat2 di alu-alukan..anekdot Lt Masitah@Saitah Bt Hj Sabki.

Selasa, 6 Mei 2008

Terimakasih Sarjan Asmadi dan Kapten Wong King Cheng


Terkini tentang Kompeni Bravo

Pada 03.05.08(Sabtu)yang telah lepas Kompeni Bravo Kawasan Saratok mengadakan Majlis Hari Jasamu Dikenang khas untuk Kapten Wong king Ching yang telah berpindah ke 510 dan juga Sarjan Asmadi b Derahman yang akan bersara tidak lama lagi.
Bermacam acara yang telah berlangsung pada hari tersebut antaranya ialah sebagai tanda penghargaan kepada 5 anggota yang akan tamat tempoh perkhidmatan.Kompeni Bravo telah memberikan cenderahati berupa piala kepada kelima-lima anggota tersebut,lima orang anggota tersebut ialah Lkpl Abd Rahman.Lkpl Ani,Pbt Hakabi.Pbt Razali dan Pbt Bandai,seterusnya penghargaan yang tidak disangka oleh semua anggota iaitu anugerah kepada anggota contoh atau anggota paling sporting lelaki dan wanita,anggota tersebut ialah Pw2 En Jaya Nor dan Kpl Kasmah Keria....majlis dimeriahkan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada kedua2 individu yang di raikan iaitu Sjn Asmadi dan Kapten Wong(tidak Hadir)......Majlis selesai pada jam 12.00 tengahari dengan jamuan ringan.
sekian laporan utk minggu ini jumpa lagi dgn cerita lain nanti....

Tiada ulasan: