KOMPENI DELTA BATALION KEDUA REJIMEN 511 ASKAR WATANIAH

Blog ini terhasil adalah untuk mengaplikasikan setiap momentum yang teragenda dalam diari Kompeni sepanjang tahun...Jika ada yang terlepas dari rakaman dan terbitan itu bukan di sengajakan dan komentor membina dari bloggers yang sudi menjengok apa yang berlaku di sini..sangat2 di alu-alukan..anekdot Lt Masitah@Saitah Bt Hj Sabki.

Rabu, 27 Januari 2010

Majlis JasaMu Dikenang sempena Perpindahan Sjn Hairul Bahari dan Koperal Ahmad Azizi





Pada 23hb januari 2010 Kompeni Bravo telah mengadakan satu majlis yang sederhana untuk meraikan sempena perpindahan Sjn hairul bahari dan Koperal Ahmad Azizi sebagai jurulatih kompeni Bravo yang berpindah tugas sebagai jurulatih di Kompeni Alpha kawasan Betong sekaligus meraikan dan mengalu-alukan kedatangan Sjn Javally,Sjn Lee Chon Tai dan Koperal Abu sebagai jurulatih Kompeni Bravo yang baru...dan apa yang lebih bermakna ialah Majlis tersebut telah di hadiri oleh Pegawai Memerintah BN2 Rejimen 511 Askar Wataniah Lt.Kol Christopher Chan Ah Man,turut hadir ialah Pen.Peg Memerintah BN2 Rejimen 511 askar wataniah Lt.Kol Jamil bin Salim selain Sjn Hairul Bahari yang telah di undang khas pada petang tersebut.Majlis di mulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Kompeni Bravo Kapten Hj Hamsein b Hj Atar,Ucapan ringkas berupa amanat daripada Peg.Memerintah Lt.Kol Christopher di ikuti dengan ucapan oleh Pen.Peg.Memerintah Lt.Kol Jamil dan di akhiri oleh ucapan daripada Sjn Hairul Bahari.Seterusnya penyampaian cenderahati oleh Kapten Hamsein untuk Sjn Hairul Dan Koperal Ahmad Azizi(tidak dapat hadir)Majlis berakhir pada jam 3.00 petang dengan jamuan makan yang telah di sediakan sendiri oleh anggota kompeni Bravo.Kepada Sjn Hairul dan koperal Azizi terimakasih diucapkan,kepada Sjn Javally,sjn Lee dan Kpl Abu selamat bertugas dan akhir Kalam Syabas dan Tahniah di ucapkan kepada Pen.Peg.Memerintah Lt.Kol Jamil Dan Lt.Rozi Adzillah kerana telah di naikan pangkat baru-baru ini....Bravo maintain Bravo.Jumpa lagi.

Tiada ulasan: