KOMPENI DELTA BATALION KEDUA REJIMEN 511 ASKAR WATANIAH

Blog ini terhasil adalah untuk mengaplikasikan setiap momentum yang teragenda dalam diari Kompeni sepanjang tahun...Jika ada yang terlepas dari rakaman dan terbitan itu bukan di sengajakan dan komentor membina dari bloggers yang sudi menjengok apa yang berlaku di sini..sangat2 di alu-alukan..anekdot Lt Masitah@Saitah Bt Hj Sabki.

Rabu, 3 Mac 2010

PERBARISAN PERPISAHAN KOMANDER REJ 511 ASKAR WATANIAH






Pada 20hb Feb 2010 satu Perbarisan Perpisahan telah berlangsung di Stadium KPSU Saratok untuk Brigidier Jeneral Datuk Amar Hj Abdul Aziz bin Datuk Hj Hussin yang akan bersara sebagai Komander Rejimen 511 Askar Wataniah di mana lawatan tersebut adalah merupakan siri lawatanya yang terakhir sebagai Komander Rejimen 511 Askar Wataniah.Pada kali ini Kompeni Bravo Kawasan Saratok telah terpilih sebagai pusat untuk Upacara Perbarisan tersebut dan merasa sungguh bertuah kerana telah diberi kepercayaan sebagai Tuan Rumah dimana kesemua Kompeni dari kawasan Sarikei,Betong dan Sri Aman bergabung untuk menyempurnakan Perbarisan tersebut seawal 19hb Feb 2010 untuk mengadakan raptai,Syukur ke Hadrat Allah SWT kerana sepanjang dua hari berlangsung segala persiapan telah berjalan dengan lancarnya.Setiba sahaja Komander di stadium KPSU,beliau terus di bawa untuk pemeriksaan Perbarisan,pada Perbarisan tersebut juga telah diadakan upacara pemakaian pangkat kepada dua orang anggota iaitu Kpl Haslinda bt Supu daripada Kompeni Delta Sarikei dan Lans Koperal Masitah@Saitah bt Hj Sabki daripada Kompeni Bravo Saratok di mana kedua-duanya ditauliah ke pangkat Leftenan Muda berkuatkuasa 14 Jan 2010 yang lalu yang mana upacara tersebut telah disempurnakan oleh Brigidier Jeneral Datuk Amar Hj Abd Aziz dan Lt Kol.Mohd Khemir Timbalan Komander Rejimen 511 Askar Wataniah,selepas ucapan di adakan pula sessi bergambar untuk kenangan dan pada 11.30 pagi maka selesai lah sudah acara tersebut,kepada semua Pegawai-pegawai,PTT Kanan,Jurulatih dan anggota dari semua Kompeni,terimakasih kerana telah memberi kerjasama yang padu demi untuk kelancaran majlis tersebut,jumpa lagi LTM Masitah@Saitah Hj Sabki

Tiada ulasan: