KOMPENI DELTA BATALION KEDUA REJIMEN 511 ASKAR WATANIAH

Blog ini terhasil adalah untuk mengaplikasikan setiap momentum yang teragenda dalam diari Kompeni sepanjang tahun...Jika ada yang terlepas dari rakaman dan terbitan itu bukan di sengajakan dan komentor membina dari bloggers yang sudi menjengok apa yang berlaku di sini..sangat2 di alu-alukan..anekdot Lt Masitah@Saitah Bt Hj Sabki.

Isnin, 24 November 2008

Khemah Tahunan siri 1 2008



Pada 13hb September 2008 seluruh anggota daripada Rejimen 511 Askar Wataniah telah diarahkan untuk bergerak ke Kem Sri Sematan untuk menghadiri khemah tahunan siri 1 2008,untuk khemah siri 1 ini ketiga-tiga Batalion bergabung,tidak seperti tahun-tahun yang telah sudah,di mana Batalion satu akan menghadiri siri 1 manakala Batalion kedua dan ketiga akan digabungkan pada siri 2,ini dibuat adalah untuk mengelakkan masalah lojistik seperti tempat tinggal yang tidak mencukupi dan lain-lain masalah berkaitan jadual latihan.
13hb perintah pergerakan:-6 buah 3 tan mengambil anggota di kawasan Saratok manakala 2 buah lagi mengambil anggota daripada kawasan Sarikei,berhenti di Kem Pakit lebih kurang 3 jam untuk makan tengahari kemudian meneruskan perjalanan,lebih kurang pukul 7.30 petang sampai di Kem Ria,mengisi minyak lebih kurang 2 jam,pukul 8.30 perjalanan diteruskan menuju ke Kem Sri Sematan,lebih kurang pukul 10 malam kami semua telah sampai ke destinasi....
Jadual latihan meliputi kawad sempena ulangtahun TYT,latihan menembak,masuk hutan merangkumi membersih bounce dan serangan,sukan merangkumi bola tampar,jaring,takraw.
pada 14 Oktober upacara pembukaan Khemah Tahunan yang mana telah dirasmikan oleh Timbalan Komander Leftenen Kolonel Tan Sri Datuk Haji Abd Aziz.

Isnin, 14 Julai 2008

Latihan Kawad



Kompeni Bravo sedang membuat persediaan untuk pertandingan kawad antara Kompeni pada latihan lanjutan yang bertempat di Betong pada bulan ogos nanti,pelbagai tugasan yang telah diperincikan sebagai memenuhi jadual latihan lanjutan tersebut antara lainnya adalah pertandingan kawad,serangan kompeni dan aktiviti riadah.Walau macamanapun segala perancangan tertakluk kepada arahan dari semasa ke semasa.

Sekian laporan kali ini...Kak E

Selasa, 20 Mei 2008

Kursus Bakal Pegawai(S)Siri 1 2008 D Puswatan Perak


Asslamualaikum wbt dan selamat bertemu lagi kepada semua bloggers......
syukur kerana saya berpeluang sekali lagi untuk berkongsi pengalaman saya semasa menjalani kursus tersebut di Kem Puswatan Perak selama sebulan......
Sebagai seorang yang telah berikrar di atas 5 prinsip kesatrianya...maka saya menyahut cabaran itu walaupun ketika itu saya sedar faktor usia dan jarak masa seakan membantutkan sisa semangat yang ada dalam diri saya.....persediaan bukan setakat fizikal dan mental tapi segalanya...banyak sokongan dan dorongan dari kawan2 dan jurulatih menjadi bekalan sehingga saya mempu menjejak kaki buat pertama kalinya di Kem Puswatan ini....cerita selanjutnya akan saya tuliskan jika punya kelapangan lagi.......
bersambung......

IKRAR KESATRIA

KAMI BERIKRAR:-
1.BERIMAN KEPADA TUHAN DAN BERTAQWA KEPADA NYA
2.SETIA KEPADA NEGARA DAN SEDIA BERKORBAN DEMI KEPENTINGANNYA DENGAN TIDAK SEKALI-KALI MENGENAL MENYERAH
3.MEMEGANG TEGUH DISIPLIN TENTERA DAN SENTIASA MENJUNJUNG TINGGI SIKAP KEPERWIRAAN DAN KEHORMATAN TENTERA
4.MENGUTAMAKAN PELAKSANAAN TUGAS DENGAN JUJUR DAN IKHLAS
5.MENYIMPAN RAHSIA NEGARA DENGAN SEKETAT-KETATNYA

LAGU KOR ASKAR WATANIAH

INI SATU HARAPAN
DARI BARISAN SUKARELAWAN
PENUH SEMANGAT DAN KEYAKINAN
BERDIRI SEBAGAI PAHLAWAN
MARI MUDA DAN MUDI
MENYAHUTLAH SERUAN PERTIWI
TAK KIRA KETURUNAN ATAUPUN BANGSA
BERKHIDMAT DENGAN BANGGANYA
KAMILAH SULARELAWAN
JUGA SUKARELAWATI
KAMI RELAN BERHADAPAN
BERUNDUR TAK SEKALI-KALI
INI AZAM DAN JANJI
MENJADI SATU SUMPAHAN KAMI
TAAT DAN BERSEDIA SETIAP MASA
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

LAGU REJIMEN 511

Dari kampung dari desa
Kami menyahut seruan negara
sawah dan ladang kami tinggalkan
demi negara nusa dan bangsa

#Rejimen 511
adalah rejimen kita
marilah anak bumi kenyalang
marilah kita berjuang

%bangunlah anak watan
sahutlah cabaran
demi negara rela berkorban
agar bangsa tak ketinggalan

(ulang # dan %)

Lawatan Penolong Pegawai Memerintah






Pada 06.05.08 Penolong Pegawai Memerintah yang baru iaitu Mejar Jamil yang baru mengambil alih tugas daripada Mejar Azimat,telah datang melawat ke Kem Kompeni Bravo kawasan Saratok...semasa melawat beliau sempat berkenal mesra dengan semua anggota,bercerita serba sedikit mengenai latar belakang,pengalaman dan mengingatkan anggota supaya menjaga disiplin sebagai seorang anggota askar.

Khamis, 15 Mei 2008

JADUAL LATIHAN TEMPATAN KOMPENI BRAVO 2008

05-06 dan 19-20.Jan
02-03 dan 16-17.feb
02-03 dan 15-16.Mac
05-06 dan 19-20 April
03-04 dan 17-18 Mei
07-08 dan 21-22 Jun
05-06 dan 26-27 Julai
02-03 dan sabtu-Ahad(simpanan)

Lanjutan Siri 1
21-27 April 2008

Lanjutan Siri 2
25-31 Ogos 2008

Khemah Tahunan

Pelancaran Khas

KAWASAN
Sri Aman-Bulan Februari
Betong -Bulan Mac
Saratok -Bulan Mei
Sarikei -Bulan Jun

Jumaat, 9 Mei 2008

SEJARAH PENUBUHAN ASKAR WATANIAH

Askar wataniah Malaysia(AW) adalah merupakan badan sukarela yang berlainan daripada badan-badan sukarela yang lain.AW adalah merupakan angkatan simpanan tentera darat Malaysia sebagai benteng kedua dalam mempertahankan negara kita yang tercinta.Penyertaan rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH(pertahanan menyeluruh) yang ditetap dalam dasar Pertahanan Negara.Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan,penglibatan rakyat dan semua pihak adalah amat perlu sebagai orang yang memainkan peranan dalam pembangunan serta pertahanan negara.

HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk penggemblengan semua sumber negara di samping penglibatan angkatan tentera malaysia.Penyertaan rakyat dalam Angkatan sukarela di Semenanjung Malaysia bermula sejak 1902 di ikuti oleh Sarawak dan Sabah kemudiannya.Apabila Kerajaan Inggeris menubuhkan pasukan sukarela di negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dipanggil Federated Malay State Volunteer Force(FMSVF),Pasukan Sukarela di negeri Melayu Bersekutu pula dipanggil Unfederated Malay State Volunteer(UNFMSVF) dan negeri-negeri Selat pula ialah The strait Settlement Volunteer Force(SSVF)

Pasukan Sukarela telah memainkan peranan yang begitu penting terutamanya semasa peperangan Dunia Kedua,Darurat 1948-1960 dan konfrontasi.Semasa darurat ia dikenali sebagai "HOME GUARD".Pasukan ini telah disusun semula sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan pada 1 jun 1958 dan seterusnya dikenali sebagai Askar Wataniah Malaysia.

catatan kak E

Selasa, 6 Mei 2008

Terimakasih Sarjan Asmadi dan Kapten Wong King Cheng


Terkini tentang Kompeni Bravo

Pada 03.05.08(Sabtu)yang telah lepas Kompeni Bravo Kawasan Saratok mengadakan Majlis Hari Jasamu Dikenang khas untuk Kapten Wong king Ching yang telah berpindah ke 510 dan juga Sarjan Asmadi b Derahman yang akan bersara tidak lama lagi.
Bermacam acara yang telah berlangsung pada hari tersebut antaranya ialah sebagai tanda penghargaan kepada 5 anggota yang akan tamat tempoh perkhidmatan.Kompeni Bravo telah memberikan cenderahati berupa piala kepada kelima-lima anggota tersebut,lima orang anggota tersebut ialah Lkpl Abd Rahman.Lkpl Ani,Pbt Hakabi.Pbt Razali dan Pbt Bandai,seterusnya penghargaan yang tidak disangka oleh semua anggota iaitu anugerah kepada anggota contoh atau anggota paling sporting lelaki dan wanita,anggota tersebut ialah Pw2 En Jaya Nor dan Kpl Kasmah Keria....majlis dimeriahkan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada kedua2 individu yang di raikan iaitu Sjn Asmadi dan Kapten Wong(tidak Hadir)......Majlis selesai pada jam 12.00 tengahari dengan jamuan ringan.
sekian laporan utk minggu ini jumpa lagi dgn cerita lain nanti....

KompeniBravo511RAW


Kompeni Bravo Rejimen 511 Askar wataniah kawasan saratok mempunyai seramai 170 orang anggota,seramai 130 orang anggota yang aktif dan selebihnya tidak aktif tetapi masih dalam tempoh perkhidmatan.Kapten Hamsein b Haji Atar merupakan Ketua Kompeni yang baru setelah mengambil alih tugas Kapten Wong King Cheng yang telah berpindah ke RAW 510,Penolong Ketua Kompeni ialah LtM Rozi Adzillah b haji Sabeki manakala Sarjan Hashimi b seruji dan Kpl Azizi telah mengambil alih tugas jurulatih Kompeni menggantikan Sarjan Asmadi Derahman yang akan bersara tidak lama lagi.Kompeni Bravo terdiri daripada Pw2 En jaya bin nor,2 orang Sarjan iaitu sarjan Mohamad Dolek dan Sarjan Sophia Kadir,seramai 14 org berpangkat Koperal,15 org berpangkat LKPl dan selebihnya prebet.
Demikian serba ringkas profail Kompeni Bravo Kawasan Saratok.